Peraturan Pemasangan Iklan

Sila baca syarat-syarat di bawah sebelum anda menghantar iklan di Iklaniaga.com.

1. Iklaniaga.com menyediakan kemudahan menghantar iklan secara percuma dan juga berbayar. Semua iklan yang dihantar mestilah mematuhi peraturan pengiklanan sedia ada atau yang akan diputuskan kemudian oleh pentadbir.

2. Iklaniaga.com berhak menolak serta tidak menyiarkan mana-mana iklan yang difikirkan tidak sesuai dengan norma-norma masyarakat Malaysia. Iklan-iklan berunsur skim cepat kaya, penipuan, berunsur lucah, berunsur seks yang keterlaluan (dalam perkataan ataupun gambar), perlanggaran hakcipta, iklan-iklan yang menghasut, fitnah dan berkait dengan perkara-perkara sensitif, penjualan barang-barang haram dan terlarang, perjudian, minuman keras serta barangan farmasi adalah dilarang sama sekali.

3. Penggunaan bahasa-bahasa lucah, bahasa kesat, mencarut, maki hamun, mengherdik, mencerca, menghina serta menyebut bahagian-bahagian sulit semua jantina juga adalah dilarang sama sekali.

4. Semua iklan yang dihantar (termasuk Iklan Hot/Panas) adalah tertakluk di dalam syarat-syarat yang dinyatakan di atas.

5. Tuntutan pengembalian wang boleh dibuat dengan menghubungi pentadbir melalui borang yang disediakan sekiranya iklan anda tidak disiarkan oleh Iklaniaga.com. Semua tuntutan mestilah disertakan dengan bukti pembayaran yang sah serta menepati rekod pembayaran yang disimpan oleh pentadbir.

6. Kandungan di dalam laman web Iklaniaga.com adalah hasil dari gabungan iklan-iklan yang dihantar oleh para pengiklan. Iklaniaga.com tidak akan bertanggungjawab di atas segala kerugian yang wujud hasil dari iklan yang disiarkan. Iklan yang tersiar adalah tanggung jawab pengiklan sendiri. Pembaca adalah diminta berhati-hati serta mendapatkan maklumat lengkap sebelum melakukan sebarang urusan yang melibatkan pembayaran serta penghantaran wang sekiranya ada.

Dengan menghantar iklan serta menggunakan kemudahan di Iklaniaga.com, anda adalah bersetuju dengan semua syarat yang dinyatakan di atas.