User: Password:
   Keep me logged in.
Register  |  I forgot my password

Login  |  Register

Iklaniaga Classifieds  - Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

Berikut adalah soalan-soalan lazim atau yang sering ditanya (FAQ)  berhubung dengan pengiklanan di Iklaniaga.com. Secara tidak langsung diharapkan dapat menjawab persoalan anda juga.

 

Apakah kelebihan Iklaniaga.com berbanding laman pengiklanan yang lain?
Apakah kelebihan Iklaniaga.com berbanding dengan laman-laman iklan yang besar seperti Mudah dan yang setara dengannya?
Mengapa beriklan di Iklaniaga.com dikatakan murah?
Mengapa iklan biasa dikenakan bayaran di Iklaniaga.com
Kalau dah murah sangat kenapa tak bagi FREE jer?
Mengapa saudara tidak mengenakan bayaran yang lebih rendah kepada iklan biasa di Iklaniaga.com?
Saya tidak mahu menggunakan PayPal tetapi ingin membayar melalui bank. Bagaimanakah caranya?
Saya tidak mempunyai akaun PayPal. Bolehkah saya guna kad kredit saya untuk buat bayaran? Bagaimana caranya?
Saya nak daftar akaun PayPal, kena bayaran tak?
PayPal ni apa yer? Selamat tak duit dan nombor kad kredit kita bila guna PayPal?
Tempoh 3 bulan ni lama sangat, macam mana saya nak pendekkan masa tayangan iklan saya?

 

Apakah kelebihan Iklaniaga.com berbanding laman pengiklanan yang lain?

Kelebihan Iklaniaga.com berbanding dengan laman-laman pengiklanan lain ialah apabila anda menghantar iklan di Iklaniaga.com, iklan anda turut disiarkan di laman-laman web dan blog pengiklanan lain yang saya kendalikan. Laman web + laman blog = 60 laman iklan yang menyiarkan iklan terkini Iklaniaga.com di slot Iklan Viral masing-masing. Anda boleh melihat paparan iklan anda di muka hadapan laman-laman iklan tersebut selepas setengah jam iklan anda diaktifkan di Iklaniaga.com. Ini adalah salah satu bukti usaha bersungguh-sungguh saya untuk membantu anda meningkatkan kejayaan di dalam pengiklanan online.

Apakah kelebihan Iklaniaga.com berbanding dengan laman-laman iklan yang besar seperti Mudah dan yang setara dengannya?

Di Iklaniaga.com, kami (saya dan laman iklan saya ini) lebih mesra kepada peniaga internet. Kami menyokong sepenuhnya konsep pemasaran internet dan peluang perniagaan internet. Di laman iklan besar anda hanya boleh iklan produk dan perkhidmatan, internet marketing dan business opportunity tidak dibenarkan. Nak masukkan link laman web pun tak boleh sesetengahnya. Link pun tak boleh nak klik. Susah kepada pemasar internet. Namun kami tidak begitu. Iklan anda adalah tanggung jawab anda sendiri. Anda boleh menghantar apa sahaja iklan yang anda mahu (kecuali yang dilarang oleh undang-undang negara dan ditegah oleh agama). Iklaniaga.com menyokong perniagaan internet dan konsep pemasaran internet. Para pengiklan adalah rakan-rakan dan penyokong kami sebenarnya.

Mengapa beriklan di Iklaniaga.com dikatakan murah?

Jika anda pernah menghantar iklan-iklan premium (berbayar) di laman-laman iklan sebelum ini, anda tentu sedia maklum mengapa dikatakan beriklan di Iklaniaga.com adalah lebih murah. Rata-rata laman iklan percuma di Malaysia mengenakan bayaran di antara RM10 hingga RM30 untuk tempoh siaran selama satu bulan di ruangan iklan berbayar mereka untuk mendapatkan paparan di muka hadapan. Di Iklaniaga.com anda dikenakan bayaran RM20 - bukan satu bulan tetapi untuk tempoh paparan selama 3 bulan. Anda fikirlah mana yang lebih untung. Tambahan pula, iklan anda bukan sahaja dapat dilihat di muka hadapan Iklaniaga.com tetapi juga di muka hadapan 60 laman web (termasuk blog) lain. Tak tahu nak cakaplah berapa banyak faedah dan kelebihan yang anda dapat. Anda boleh hitung sendiri.

Mengapa iklan biasa dikenakan bayaran di Iklaniaga.com

Saya mengenakan bayaran di Iklaniaga.com adalah sebagai satu cara untuk membuat tapisan, supaya saya dapat mengawal iklan-iklan yang disiarkan. Anda tak perlu risau sebab saya bukan nak buat untung sangat pun. Yelah, bila dah kena bayar maka makin kuranglahkan orang yang akan menghantar iklan. Hanya mereka yang benar-benar serius dan tahu faedah dan kelebihannya sahaja yang akan menghantar iklan. Jadi ini akan dapat memberikan ruang masa kepada saya untuk mengaktifkan iklan-iklan yang dihantar. Kalau selalu berpuluh-puluh dan mungkin beratus iklan yang masuk, saya tak larat nak tapis, kena pakai auto. Jadi yang sekarang mungkin sehari tak sampai sepuluh pun yang masuk dan ada kalanya tak ada langsung, jadi adalah masa saya untuk memberikan perhatian kepada iklan tuan-tuan semua. Dengan itu saya boleh buat manual saja dan aktifkan satu-satu. Hasilnya anda akan dapat lihat, tiada lagi iklan spam yang bertubi-tubi masuk dan mengganggu paparan iklan anda. Anda tentu pernah melihat sendiri (atau pernah melakukan sendiri ;) hehe..) bagaimana seseorang menghantar iklan yang sama secara bertubi-tubi berturut-turutan sehingga ada kalanya iklannya sahaja yang kelihatan di muka hadapan laman iklan. Ini akan mengganggu paparan iklan lain serta tidak adil kepada pengiklan lain. Sekarang ini juga banyak iklan-iklan yang dihantar oleh pengiklan dari negara India dan Pakistan (maaf terpaksa sebut) yang diiklankan di laman-laman pengiklanan di negara kita. Iklan mereka ini ada kalanya tidak mempunyai mesej yang jelas. Nak kata nak promosi link laman web kadang-kadang takder link pun, hanya sekadar copy dan paste ayat-ayat dari internet. Nak kata jual barang kadang-kadang takder barang pun yang dijual. Kalau jual pun kite bukan nak beli pun. Nun jauh di sana nun. Taktaulah apa modus operandi diorang nih. Jadi iklan-iklan diorang ni mengganggu paparan iklan yang sepatutnya diketengahkan. Jadi, anda faham sekarang kenapa saya mengenakan bayaran di Iklaniaga.com.

Kalau dah murah sangat kenapa tak bagi FREE jer?

Seperti yang telah saya jelaskan sebelum ini, saya kenakan bayaran adalah sebagai satu cara untuk menapis iklan-iklan yang disiarkan. Bila dah tapis takde lah lagi iklan-iklan spam, paparan halaman akan lebih smooth dan ramailah orang yang akan lihat dan klik iklan anda. Saya bukanlah kedekut taknak bagi iklan FREE. Kalau nak iklan free masih banyak laman-laman iklan saya sendiri yang percuma, anda boleh menghantar iklan di situ, ini belum termasuk lagi laman iklan percuma milik orang lain yang beribu-ribu banyaknya.. banyak kann.. Iklaniaga.com adalah satu-satunya laman iklan saya untuk mereka yang mementingkan kualiti dan serius dalam pengiklanan tetapi tidak mempunyai modal yang besar - yang inginkan iklan mereka dijadikan anak emas, diberikan paparan secukupnya dan mendapat perhatian istimewa daripada saya.

Mengapa saudara tidak mengenakan bayaran yang lebih rendah kepada iklan biasa di Iklaniaga.com?

Saya faham rata-rata pengiklan di Iklaniaga.com adalah under budget. Saya sebolehnya nak kenakan caj yang paling minima ke atas iklan biasa di Iklaniaga.com. Masa setup bayaran di peringkat awal dahulu saya meletakkan bayaran sebanyak RM2.00 untuk sebulan. Malangnya caj minimum untuk caj perkhidmatan yang dikenakan oleh Paypal ialah sekitar RM3.00 bagi setiap transaksi. Macam mana ni? caj perhidmatan dan lebih tinggi dari nilai transaksi - peliklah kan kalau saya nak buat keje macam tu. Jadi nak tak nak saya terpaksalah letak RM5.00 (saya dapat RM2.00 jer) - bukan untuk sebulan tetapi 3 bulan paparan tuuuhh... Jadi wal hasil balik asal, anda bayar lagi murah dari sebelumnya, tak sampai pun RM2.00 sebulan - untung kann? (dan saya pun taklah jadi kaya sangat - 3 bulan baru dapat 2 ringgit dari anda. Xder rasanya orang waras yang sanggup nak buat keje macam ni dengan gaji 2 ringgit untuk 3 bulan kan? Takperlah untuk anda Iklaniaga relakan!!!) Kalau kesiankan saya jangan bayar dengan PayPal. Buatlah bayaran ke dalam akaun bank.

Saya tidak mahu menggunakan PayPal tetapi ingin membayar melalui bank. Bagaimanakah caranya?

Sebenarnya, saya lebih suka anda membuat bayaran ke dalam akaun bank sebab dapat mengelakkan service charge yang dikenakan oleh PayPal kepada saya. Sila lihat halaman panduan menghantar iklan untuk maklumat lanjut.

Saya tidak mempunyai akaun PayPal. Bolehkah saya guna kad kredit saya untuk buat bayaran? Bagaimana caranya?

Boleh. Klik butang pembayaran PayPal. Anda akan diberikan opsyen sama ada nak terus checkout macam biasa ataupun nak daftar dengan PayPal.

Saya nak daftar akaun PayPal, kena bayaran tak?

Pendaftaran akaun PayPal percuma. Tak dikenakan bayaran pun untuk akaun biasa. Untuk akaun bisnes macam saya, kad kredit anda akan dicaj untuk pengesahan dan akan dipulangkan semula ke dalam akaun kad kredit anda selepas urusan pengesahan selesai dijalankan.

PayPal ni apa yer? Selamat tak duit dan nombor kad kredit kita bila guna PayPal?

PayPal asalnya ditubuhkan sebagai satu kemudahan kepada mereka yang tidak mempunyai kad kredit untuk membuat dan menerima bayaran secara online. Ia kemudiannya diserap oleh Ebay sebagai salah satu anak syarikatnya bagi memudahkan peniaga dan pelanggan di Ebay melakukan transaksi secara online. Dalam masa yang sama PayPal meneruskan perkhidmatannya kepada pengguna di luar Ebay sebagai kemudahan pembayaran online. Hari ini berjuta-juta orang telah memiliki akaun PayPal. Saya telah menggunakan PayPal sejak tahun 2005 lagi sebagai satu-satunya cara untuk saya menerima bayaran dari pelanggan yang ingin membuat pembayaran melalui kad kredit  bagi produk e-Kamus yang saya jual. Sekarang syarikat-syarikat besar di Malaysia juga telah mula menggunakan PayPal. Syarikat seperti Maxis dan Digi kini menggunakan PayPal sebagai salah satu opsyen untuk pelanggan mereka membuat bayaran. Saya pernah membeli smartphone Blackberry secara online daripada Digi dengan menggunakan baki dalam akaun PayPal saya. Jika anda mempunyai akaun PayPal, anda boleh mengeluarkan wang dari akaun PayPal ke dalam akaun bank-bank tempatan yang anda miliki. Pindahan mengambil masa antara 2 hingga 3 hari. Anda dikenakan caj sebanyak RM3.00 untuk pindahan amaun yang kurang dari RM400. Untuk RM400 ke atas tidak dikenakan bayaran. Di Asia Tenggara, PayPal mempunyai ibu pejabat wilayahnya yang terletak di Singapura.

Tempoh 3 bulan ni lama sangat, macam mana saya nak pendekkan masa tayangan iklan saya?

Jika anda rasakan tempoh 3 bulan yang saya setkan ni terlalu lama ataupun anda mempunyai perancangan untuk menamatkan iklan anda lebih awal anda hendaklah terlebih dahulu buat akaun di Iklaniaga.com sebelum menghantar iklan. Dengan cara ini anda akan boleh login pada bila-bila masa untuk edit atau padamkan iklan anda sekiranya anda tidak memerlukannya lagi. Dari segi bayaran sama juga macam biasa.

 

Semak halaman panduan pengiklanan untuk maklumat lanjut untuk menghantar iklan